Bertempat di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu Selangor, Taman Tasik Milenium merupakan salah satu taman rekreasi yang popular di Hulu Selangor. Taman Tasik Milenium menjadi tarikan terutama kepada penggemar aktiviti senam ringan seperti “jogging” dan juga tempat perkelahan bersama keluarga. Kini Taman Tasik Milenium mempunyai pelbagai jenis kemudahan permainan kanak-kanak seperti gelongsong “Dinasour” dan banyak lagi permainan yang menarik.
Taman Tasik Millennium yang dikelilingi oleh tasik dan juga bukit bukau membuatkan tempat tersebut menjadi tarikan ramai terumatam keluarga dan juga tempat persinggahan bagi sesiapa yang ingin mendaki bukit serta aktiviti luncur angina “paragliding” yang berdekatan dengan Taman Tasik Milenium.
Terdapat juga kemudahan lain seperti mini stadium, padang permainan, kemudahan senaman, trek jogging dan tandas.
Nama Tempat : Taman Tasik Milenium Kuala Kubu
Alamat : Taman Milenium, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari
Peta Lokasi :