Saturday, November 23, 2024
HomeGombak#MenarikDiGombak-Taman Metropolitan Kepong(Taman Layang-layang)

#MenarikDiGombak-Taman Metropolitan Kepong(Taman Layang-layang)

Taman ini menjadi tumpuan kepada para remaja bermain papan luncur,kasut beroda dan berbasikal

Taman Metropolitan Kepong atau dikenali sebagai Taman Layang-Layang berkeluasan 90 hektar merupakan antara taman rekreasi terbesar di Daerah Gombak yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar seperti Selayang dan Batu Caves.

Taman ini dilengkapi trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk permainan layang-layang. Setiap petang Sabtu dan Ahad, taman ini dipenuhi pengunjung yang bersantai bersama-sama keluarga, berkelah, atau bermain layang-layang.

Antara kemudahan lain iaitu rumah sampan dan jeti untuk aktiviti air khususnya bagi program badan beruniform seperti penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menjalani latihan kemahiran ketahanan di dalam air seperti ‘boating’, skuba dan berkayak.

Kawasan ini menyediakan kemudahan senam ringan selain dilengkapi panduan penggunaan secara khusus seperti senaman bahagian bawah badan, bahagian atas anggota, abdomen dan senaman untuk kesihatan jantung.

Bagi kanak-kanak sudah tentu mereka tidak akan bosan dengan adanya set permainan integrasi papan luncur, buaian, jongkang-jongkit dan alatan memanjat. Kemudahan untuk kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun.

Disediakan juga kemudahan tiga menara tinjau bagi memberi peluang para pengunjung untuk merakam gambar dengan latar belakang keindahan ibu kota Kuala Lumpur.

Antara menara tinjau yang sering menjadi tumpuan para pengunjung memotretkan gambar-gambar berlatar belakangkan pemandangan Kuala Lumpur

Terkini taman ini turut dilengkapi dengan parking bertingkat bagi menampung pengunjung yang ramai terutamanya dihujung minggu.

Tempat letak kereta yang luas dan percuma untuk kemudahan para pengunjung

⦁ Nama Tempat : Taman Metropolitan Kepong
⦁ Alamat : 5, Jalan Rimbunan Melati, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⦁ Waktu Operasi : Dibuka setiap hari (6pagi – 8pagi)
⦁ Nombor untuk dihubungi : +60123454367
⦁ Peta Lokasi :

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular