Thursday, March 28, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur - Taman Tasik Permaisuri

#MenarikDiKualaLumpur – Taman Tasik Permaisuri

Taman yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras ini telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8 pada 2 April 1989. Taman tasik ini adalah seluas 40 hektar dan terletak di antara Jalan Budiman dan Jalan Tenteram, Cheras iaitu kira-kira 6 km dari pusat bandar.

Taman ini mempunyai pelbagai elemen rekreasi dan kemudahan awam seperti Taman Permainan Kanak-kanak, Padang Bola Sintetik, Gelanggang Permainan, Jogging track dan Ruang Pejalan Kaki, Tasik dan Waterfront Promenade, Dataran, Tandas Awam, Tempat Letak Kereta, dan pelbagai kemudahan lain. Kini, taman ini telah dibuka secara sepenuhnya setelah pembangunan semula secara berfasa dibuat sejak tahun 2017.

Alamat : Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Setiap Hari, 6 Pagi – 7.30 Malam

Sila tonton video ini untuk lebih mengetahui tentang Taman Tasik Permaisuri
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular