Thursday, March 28, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur - Aquaria KLCC

#MenarikDiKualaLumpur – Aquaria KLCC

Tempat Menarik yang bakal dikongsikan kali ini adalah peluang untuk mengalami kehidupan umpama di alam marin dengan berkunjung ke Aquaria KLCC sebagai tempat menarik di Kuala Lumpur. Aquaria KLCC merupakan ruangan 60,000 kaki persegi (5,600 m2) dalam 2 aras bangunan yang mempunyai 90-metre (300 kaki) terowong air bawah tanah. Aquaria KLCC menghuni lebih 250 spesis hidupan laut dan lebih 5,000 hidupan tanah yang berasal dari Malaysia dan serata dunia. Makluman Interaktif dari mesin kiosk juga membantu pemahaman mengenai ikan dan penyu. Aquaria KLCC berasaskan perjalanan air dari tanah bawah lautan. Ianya bermula dari tanah berkabus, susuran sungai yang melalui hutan hujan dan paya bakau kemudian jauh kedalam terumbu karang dan lautan dalam. IBARAT ANDA HIDUP DI LAUT DALAM ADALAH PENGALAMAN YANG BAKAL DIRASAI DI AQUARIA KLCC.

Dari segi pembelajaran melalui pemerhatian, anda juga berpeluang melihat aquaris profesional yang memberi makanan secara manual kepada hidupan laut setiap hari sambil belajar peranan haiwan haiwan ini bagi mengekalkan keseimbangan habitatnya. Selain itu, kanak-kanak akan dipenuhi dengan aktiviti menarik seperti aktiviti bergerak pada malam hari, kursus/tour pelajaran malam dan pengalaman yang unik untuk tidur bersama ikan jerung.

Alamat : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Hubungi : +60 3-2333 1888

Waktu Operasi : Setiap hari dibuka, 10:00 pagi – 7:00 malam.

Facebook : https://www.facebook.com/AquariaKLCC/

Instagram : aquariaklcc

Website : https://aquariaklcc.com/

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular