Tuesday, April 16, 2024
HomeKuala Selangor#MenarikDiKualaSelangor - Kelip Kelip Kampung Kuantan

#MenarikDiKualaSelangor – Kelip Kelip Kampung Kuantan

Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.

Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.

Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.

Lokasi : Sungai Selangor, Kg Kuantan (Lebih kurang sejam perjalanan dari Shah Alam)

Tarikan : Mengharungi sungai Selangor dengan menaiki sampan untuk melihat keunikan kelip-kelip.

Kemudahan : Pusat Informasi, kaunter tiket, mini teater, jeti, gerai makanan, taman  permainan kanak-kanak, tandas awam, kedai cenderahati dan tempat letak kenderaan.

Waktu Operasi : 7.30 malam – 10.30 malam ( Setiap hari )

Bayaran perkhidmatan sampan: RM50.00 / sampan (maksimum 4 orang dewasa)

* Tempoh menaiki sampan lebih kurang 20 minit untuk satu perjalanan ( pergi dan balik)

Pertanyaan :

Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

Nombor untuk dihubungi : 03-32891439

(Tutup di tempoh PKP ini. Sila hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut)


Facebook : https://www.facebook.com/pages/Kelip-Kelip%20Kampung%20Kuantan/113677205370353/
Peta lokasi :

Credit to :
MDKS – http://www.mdks.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kelip-kelip-kg-kuantan

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular