Tuesday, April 16, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur – Cik Melur Permaisuri

#MenarikDiKualaLumpur – Cik Melur Permaisuri

Restoran Cik Melur Permaisuri, sebuah restoran yang mempunyai nama klasik dan hidangan yang sedap. Sebuah restoran ikan bakar yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini amat sesuai untuk semua golongan yang ingin menikmati menu ikan bakar yang enak dan suasana yang selesa.

Ikan segar yang dibakar dengan rempah rahsia turun temurun Cik Melur, menghasilkan rasa yang enak serta aroma yang seperti memanggil-manggil lidah untuk merasa. Dihidangkan bersama air asam mencepu yang bukan sahaja sedap tetapi cukup rasa masam, manis dan pedasnya dan ia menjadikannya tarikan utama. 

Malah, bagi generasi yang membesar di kampung, hidangan tradisi itu pasti mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak. Ternyata, makanan tradisi ini masih mendapat tempat di hati masyarakat apabila restoran berkenaan dipenuhi pelanggan setiap kali waktu rehat. Bukan sahaja ia menjadi tumpuan generasi lama, malah turut menjadi pilihan golongan muda.

Antara makanan yang disajikan di Restoran Cik Melur ialah BAKO Siakap Platter, BAKO Seefood Platter, Talapia Bakar, Siakap Bakar dan sebagainya dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Selain itu, Restoran Cik Melur ini juga pernah didatangi oleh pihak Jalan-Jalan Cari Makan. Antara makanan yang diulas oleh Nazrudin Habibur Rahman atau dikenali Naz Rahman dari Jalan-Jalan Cari Makan ialah Nasi Kerabu Ayam Bakar Overdose, Baby Lobster Masak Lemak, Gulai Itik Serati dan Ikan Bakar Air Asam Mencepu. 

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua restoran hanya dibenarkan beroperasi dengan cara pembungkusan makanan sahaja. Oleh demikian, Restoran Cik Melur masih tetap beroperasi untuk pembelian jenis bungkus sahaja. Selain itu, pihak Cik Melur juga melakukan perkhidmatan pembelian secara atas talian dan penghantaran sehingga ke depan pintu rumah anda atau boleh memesan melalui aplikasi Foodpanda.

  • Nama Tempat : Restoran Cik Melur Permaisuri
  • Alamat : Cik Melur Ikan Bakar, No A4, Pusat Penjaja Sri Permaisuri, Jalan Sri Permaisuri, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad (Sarapan: 7.00 – 10.30 pagi & Ikan Bakar: 10.30 pagi – 12.00 malam)
  • Lain-lain Info : 
    • No telefon : 016 – 222 6588
    • Email : cikmelurikanbakar@gmail.com
    • Website :  https://cikmelurikanbakar.com/#mengenaikami
    • Facebook : https://www.facebook.com/pages/category/Local-Business/Cik-Melur-111474435852901/

SUMBER : CIKMELURIKANBAKAR.COM

SUMBER VIDEO : TV3MALAYSIA Official (Jalan Jalan Cari Makan)
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular