Friday, March 29, 2024
HomeGombak#MenarikDiGombak : Selayang Hot Spring (Kolam Air Panas Selayang)

#MenarikDiGombak : Selayang Hot Spring (Kolam Air Panas Selayang)

Selayang Hot Spring atau lebih dikenali Kolam Air Panas salah satu lokasi tarikan di sekitar Gombak. Ia memang terkenal dikalangan penduduk tempatan dan luar dimana lokasinya terletak di utara Kuala Lumpur iaitu melalui Jalanraya utama Kuala Lumpur ke bandar Rawang.

Gambar : Facebook Asal Gombak

Terdapat 3 kolam utama di sini yang membekalkan air panas semulajadi dari bawah tanah. Khasiat air panas semulajadi yang terdapat di kolam ini dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif merawat pelbagai jenis penyakit apabila dilakukan secara teratur dan berterusan.

Kolam ini diselenggara oleh Majlis Perbandaran Selayang dimana terdapat kemudahan tandas, tempat parking dan pondok kecil untuk duduk. Walaupun tidaklah seperti kolam air panas di lokasi lain, tapi ianya tetap selesa jika tidak terlalu ramai orang.Waktu yang ideal untuk datang adalah di waktu petang/malam.Terdapat juga gerai-gerai kecil menjual makanan ringan dan minuman.Pengunjung juga boleh menyewa baldi dan gayung jika memerlukan.

Sumber : Google

Alamat : Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari (24/7)

Caj : RM2.00/Motosikal RM5.00/Kereta (Parkir sahaja)

Nombor untuk dihubungi : 03-6126 5800 (Pejabat MPS)

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular