Wednesday, April 24, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur – Restoran Rebung Dato Chef Ismail

#MenarikDiKualaLumpur – Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Siapa tak kenal Chef Ismail yang telah mengacarai banyak rancangan masakan. Teringin merasa sendiri bagaimana agaknya rasa masakan yang sempurna pada lidah chef selebriti ni? Anda boleh singgah ke Restoran Rebung Dato Chef Ismail.

Di restoran ini, anda dapat melihat bermacam pilihan masakan tradisional Melayu, dari menu utama yang mengenyangkan seperti nasi lemak hinggalah kepada pencuci mulut. Jangan lupa untuk cuba dodol dan juga roti jalanya.

Kedudukannya yang terletak di Taman Botani Perdana, cukup sempurna untuk anda sekeluarga lawati sejurus selepas berjalan-jalan menikmati keindahan dan udara segar di sekitar taman. Bolehlah jadikan rancangan keluarga untuk cuti hujung minggu ni ya?

Alamat : 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : 8:30 pagi – 6:00 petang / 9:00 malam

No Telefon : 03-2276 3535

Facebook : https://www.facebook.com/RestoranRebungChefIsmail

Email : restoranrebungchefismail@gmail.com

Sumber : Facebook Restoren Rebung & maisinggah.com

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular