Monday, October 14, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur – KL Forest Eco Park

#MenarikDiKualaLumpur – KL Forest Eco Park

Hutan ditengah- tengah bandar, pasti tahu di manakan? Ianya Di bukit Nanas ,Hutan simpan Bukit Nanas yang memang kat kawasan KL Tower. Disebabkan namanya nak dimodenkan, hutan simpan yang digazet sejak 1970an ini sekarang dah dinamakan semula sebagai KL Forest Eco Park.Hutan hujan ini antara 3 hutan dalam Kuala Lumpur yang ada. Dan dikatakan yang KL adalah satu-satunya bandaraya dalam dunia yang masih ada hutan dara di tengah-tengahnya.

Saiz hutan ini dulunya 17.5 hektar. Bila dah dibina Menara KL, saiznya mengecut kepada 9 hektar sahaja.

Nak mengekalkan aslinya tempat ini, ada sebatang pokok Jelutong berumur 100 tahun yang tak dipotong semasa menara KL dibina.

Terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung. Antara kemudahan & aktiviti yang ditawarkan di Kl Forest  Eco Park Jambatan Gantung KL Forest Eco Park. Tempat bergambar paling famous dalam KL Forest Eco Park ini tak lain tak bukan mestilah kat kawasan jambatan gantung dan Denai Jungle Trackking Dalam kawasan ini memang boleh buat jungle trekking. Pilih sahaja trail yang sesuai. Ada trail Merawan sampailah ke trail Shorea. Jadi kalau dah ke sini, jangan lupa bergambar kat area ini.

Alamat : Lot 240, Jln Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari (8 pagi – 6 petang).

No Telefon : +60320201606

Laman Web : https://www.forestry.gov.my/index.php/en/wp-kuala-lumpur/taman-eko-rimba-kuala-lumpur

Harga tiket :
Warganegara : Dewasa RM10, kanak-kanak RM1 & warga emas RM1
Bukan Warganegara : Dewasa RM40, kanak-kanak RM5  & warga emas RM40

Sumber : Google & Laman Web KL Forest Eco Park

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular