Thursday, November 21, 2024
HomeKuala Selangor#MenarikDiKualaSelangor - Tok Burn Cafe Steamboat & Grill

#MenarikDiKualaSelangor – Tok Burn Cafe Steamboat & Grill

Steamboat & Grill merupakan cawangan kedua Tok Burn Cafe yang  terletak di Pantai Remis Jeram, Selangor. Kepada yang merancang untuk pulang ke kampung, bawa anak jalan-jalan ke pantai atau tengah cari port makan best, boleh cuba Steamboat & Grill di Tok Burn Cafe. Banyak menu berbaloi disediakan.

Sedap dan banyak pilihan. Pelbagai jenis pilihan makanan disediakan di stesen buffet termasuklah aneka pilihan Yong Tau Fu seperti pepahat , kepah , lala , udang , kerang , sotong dan banyak lagi. Tidak lupa juga buat pengemar daging,  ada kambing , lembu , ayam dan ikan. Menariknya setiap hidangan daging ni diperap dengan empat jenis perapan iaitu BBQ , Madu dan Black Pepper.

Bagi yang ingin kan kelainan , ada juga nasi goreng , mee goreng , spagetti bolognese , laksa dan rojak buah. Untuk anak anak pulak ada  ais krim , kek , pelbagai jenis kuih muih, hot dog dan banyak lagi.

Alamat : PT7580 Batu 17 Jalan Klang, Jalan Pantai Remis, 45800 Jeram, Selangor.

Waktu Operasi : 4.00 petang – 12.00 malam

No Telefon : 014-967 4221

Facebook : https://www.facebook.com/tokburncafeprj/

Peta Lokasi :

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular