Thursday, March 28, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur – Sunway Velocity Mall

#MenarikDiKualaLumpur – Sunway Velocity Mall

Sunway Velocity Mall KL adalah sebuah pusat membeli-belah di Cheras, Kuala Lumpur yang telah dibuka pada 8 Disember 2016. Pusat beli-belah ini mempunyai tujuh tingkat yang meliputi lebih dari 92,000 meter persegi, yang menempatkan 500 kedai runcit, penyewa utama, pawagam, pusat kecergasan dan gedung membeli-belah. Seni bina dibahagian luar bangunan bertemakan neo-futuristik dan dibahagian dalamnya bertemakan moden kontemporari.

Sunway Velocity Mall KL ini mempunyai 12 penyewa utama antaranya Parkson, Harvey Norman, Popular, Aeon MaxValue Prime, JD Sports, Uniqlo dan CHi-X. tGV Cinemas yang terletak di tingkat 4, menawarkan skrin pawagam iMax terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, pelbagai pilihan tempat makan di tawarkan dan sebahagian besar restoran dan kiosk makanan di tingkat bawah dan atas pusat membeli-belah ini.

Alamat : Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10 pagi – 10 malam

Sumber : Google & Youtube

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular