Friday, March 29, 2024
HomeHulu Langat#MenarikDiHuluLangat&Sepang – Ostrich Wonderland Semenyih

#MenarikDiHuluLangat&Sepang – Ostrich Wonderland Semenyih

Ladang burung unta yang dinamakan Ostrich Wonderland Semenyih ini telah mula beroperasi sejak tahun 2000. Ladang yang menternak burung unta ini bukan sahaja tertumpu pada burung unta tetapi juga beberapa jenis burung yang lain iaitu ayam dan burung merak. Pengunjung dapat melihat sendiri perkembangan burung unta yang berlainan umur dan saiz yang diasingkan di dalam kandang yang berbeza. Para pengunjung boleh merasai pengalaman baru dengan memberi makanan kepada burung unta ini atau menunggangnya. Pengunjung juga boleh mendapatkan cenderahati sebagai ole-ole iaitu telur burung unta yang telah ditetas dan boleh dihiaskan dengan pelbagai corak dengan harga yang berpatutan. Harga tiket untuk memasuki tempat ini adalah dewasa ialah RM20 dan kanak-kanak RM15 bagi warganegara manakala RM 25 bagi dewasa dan RM 20 bagi kanak – kanak yang bukan warganegara.

Alamat                 : Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih

Waktu Operasi    : 10.00 pagi – 6.00 petang

No Telefon           : 019-230 6686

Facebook             : https://www.facebook.com/OstrichWonderlands/

Peta Lokasi         :

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular