Friday, March 29, 2024
HomeKuala Langat#MenarikdiKualaLangat&Klang: Pantai Batu Laut

#MenarikdiKualaLangat&Klang: Pantai Batu Laut

Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Langat adalah Pantai Batu Laut. Pantai ini merupakan pantai yang berkomersil sebagai tempat peranginan kerana menyediakan pelbagai kemudahan antaranya pemandangan pantai yang cantik, tempat bermainnya perahu layar, kemudahan taman permainan, berjogging , dewan homestay dan kedai makan.

Pantai Batu Laut terletak dipertengahan antara Pantai Morib dan Pantai Cunang, Tanjung Sepat. Pantai ini kebanyakkannya paya bakau yang diselingi dengan lumpur kelabu dan pantai pasir yang lembut di bawah kaki. Disekitar kampung dibarisi dengan pokok-pokok palma, pokok pisang dan tumbuhan lain. Terdapat beberapa buah kedai dan Dewan Homestay untuk kegunaan penduduk setempat.

Terdapat tugu di tempat letak kereta di sebelah pantai yang tertulis kata-kata Iltizam ke arah kecemerlangan yang bermaksud “Komitmen Untuk Kecemerlangan”.

Pantai Batu Laut lebih popular dengan Pusat Latihan Perahu Layar yang di ajar oleh tenaga pengajar yang profesional. Terdapat juga sebuah landasan konkrit untuk melancar bot. Tempat yang sesuai untuk beriadah seisi keluarga

Kini, Pantai Batu Laut telah dinaik taraf dan ditambahkan kemudahan dengan deretan kedai makan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan MDKL.Pengunjung boleh membeli makanan di kedai yang disediakan dengan berbagai jenis makanan dan minuman.

Lokasi:

Pantai Batu Laut

Alamat:

5, Kampung Batu Lapan,

Tanjong Sepat,

Selangor

Waktu Operasi:

Tiada had masa yang ditetapkan

Sumber dari malaysia-traveller.com/batu-laut-beach.html

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular