Friday, December 13, 2024
HomePenginapan Menarik#MenarikDiPutrajaya - Hotel Zamburger Putrajaya

#MenarikDiPutrajaya – Hotel Zamburger Putrajaya

Ditubuhkan pada tahun 2017, Hotel Zamburger telah berjaya memperoleh dan mengurus lebih dari 60 hotel dan resort, dengan jumlah lebih dari 2000 bilik terjual di seluruh Malaysia dan Indonesia. Hotel Zamburger komited terhadap kebersihan dan keselesaan bilik hotel untuk para pelanggannya. Hotel Zamburger juga turut memperkenalkan Hotel Mesra Muslim atau Hotel Patuh Syariah dan sentiasa bertekad dalam mempromosikan prinsip Mesra Muslim. Objektif utama Hotel Zamburger meluaskan rangkaiannya adalah untuk transformasi hotel terbabit kepada patuh syariah serta menampilkan imej hotel bersih dan berkualiti setanding hotel bertaraf 4 bintang.

Jom kita kenali pemilik Hotel Zamburger Putrajaya. Pemilik rangkaian Hotel Zamburger Malaysia adalah semestinya Norizam Tukiman yang merupakan usahawan burger di Malaysia. Dilahirkan pada 17 April 1981, Norizam yang berasal dari Johor berkelulusan dalam bidang perlaburan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau pemilik kepada beberapa perniagaan iaitu pemilik Zamburger Sdn Bhd dan pemilik Hotel Zamburger. Selain dari itu, beliau juga merupakan penceramah saham yang berpengalaman 20 tahun di Bursa Malaysia.

Hotel Zamburger Putrajaya beralamat di No.23 Nadi 15, Jalan Diplomatik Presint 15, Putrajaya. Terletak di kawasan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Hotel Zamburger Putrajaya menyediakan bilik-bilik berhawa dingin dan pelbagai lagi kemudahan lain. Antara kemudahan di tempat penginapan ini adalah kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan dapur bersama, WiFi percuma di seluruh kawasa hotel. Manakala bilik hotel dilengkapi dengan meja, TV LCD, rak kasut serta bilik mandi. Terdapat 5 jenis bilik disediakan iaitu Superior Double Room, Deluxe Double Room, Deluxe Twin Room, Executive Triple Room, dan Family Room. Setiap bilik ini disediakan kemudahan seperti bilik berhawa dingin, meja, TV LCD, rak kasut serta bilik mandi. Yang membezakan bilik-bilik ini adalah saiz dan unit katil yang disediakan.

Superior Double Room dan Deluxe Double Room menyediakan katil bersaiz Queen untuk 2 orang dewasa. Harga bermula dari RM95. Manakala Deluxe Twin Room pula menyediakan 2 katil bersaiz Super Single untuk 2 orang dewasa yang berharga RM 130. Untuk bilik seterusnya iaitu bilik Executive Triple Room, bilik ini menyediakan 1 katil bersaiz Queen dan 1 katil bersaiz Super Single. Untuk bilik ini harga untuk 1 malam adalah RM 159. Dan akhir sekali, bilik Family Room ini menyediakan 2 unit katil bersaiz Queen yang berharga RM 189 untuk 1 malam. Setiap bilik ini disediakan kemudahan seperti bilik berhawa dingin, meja, TV LCD, rak kasut serta bilik mandi dan WiFI percuma untuk para pelanggannya.

Apa tempat menarik di area Hotel Zamburger Putrajaya ?? Haa kalau anda nak tahu, disini terdapat 1 taman yang diberi nama Taman Rimba Alam Putrajaya. Untuk artikel mengenai taman ini anda boleh mencarinya di laman ini.

  1. INFO
  2. Nama Hotel : Hotel Zamburger Putrajaya
  3. Alamat Hotel : No. 23 Nadi 15, Jalan Diplomatik 15, Presint 15,, Putrajaya, 62050, Putrajaya, Malaysia 
  4. Waktu Operasi : Dibuka setiap hari
  5. Lain-Lain Info Yang Bersesuaian : https://www.facebook.com/hotelzamburger
  6. Peta Lokasi Hotel:

Kredit : https://www.sinarharian.com.my/article/99620/BERITA/Sukan/Norizam-bukan-hanya-usahawan-burger

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/09/620319/rangkaian-hotel-syariah-zamburger

penang travel tips

https://www.hotelzamburger.com/

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular