Tuesday, April 16, 2024
HomeAktiviti Menarik#MenarikDiSabakBernam - Balai Cerap Selangor

#MenarikDiSabakBernam – Balai Cerap Selangor

Balai Cerap Selangor merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Sehubungan itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah membuat satu inisiatif untuk membina sebuah balai cerap untuk kegunaan orang ramai disamping aktiviti-aktiviti di Balai Cerap Selangor.

Pembinaan Balai Cerap ini adalah bertujuan untuk:

  • Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan ilmu falak dan astronomi melalui kerjasama daripada pelbagai institusi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA), Universiti Malaya (UM), JAKIM, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan lain-lain.
  • Menjadi pusat pendidikan, latihan dan penyebaran dakwah melalui kursus-kursus atau seminar falak sebagai usaha menyebarkan ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut.
  • Menjalankan aktiviti falak dengan lebih berkesan dan sistematik seperti melihat anak bulan, mencerap objek di langit seperti bintang, planet, buruj, komet atau meteor bagi mendapatkan maklumat terkini tentang perubahan-perubahan objek di langit yang boleh mempengaruhi sistem cakerawala.

Nama : Balai Cerap Selangor
Alamat Premis : Balai Cerap Selangor, Sungai Lang, Parit Baru, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat (8.30 Pagi – 5.30 petang)
Nombor untuk dihubungi : 03-3213 6220 / 03-3213 6043
Peta lokasi :

Sumber : Selangor Mufti Department

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular