Monday, October 14, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur – Aroma Selera Johor @Kg Baru KL

#MenarikDiKualaLumpur – Aroma Selera Johor @Kg Baru KL

Untuk pengalaman menikmati selera makanan negeri Johor, anda boleh kunjungi Aroma Selera Johor di Warong Che Senah Kg Baru Kuala Lumpur. Di sini terdapat pelbagai jenis ikan bakar sambal antaranya adalah ikan siakap, ikan jenahak, ikan pari juga sotong bakar. Terdapat juga pelbagai pilihan seperti di dalam set yang berasingan seperti Set Big Family untuk 4 – 5 orang makan dan Set Small Family bagi 2 -3 orang makan.

Selain itu, di sini juga anda akan dapat menikmati hidangan asam pedas johor yang sangat sedap seperti jenahak asam pedas dan pari asam pedas. Antara makanan sampingan lain yang terdapat di Warung Che Senah ini ialah otak-otak bakar yang berharga RM12 sahaja. Jom, kita menikmati hidangan selera negeri Johor yang terletak di Warung Che Senah Kg Baru Kuala Lumpur.

Alamat : Warong Che Senah, 53 Jalan Raja Mahadi, Kampung Bharu 50300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi : Hari Selasa – Ahad (4:00 ptg – 10:00 malam)

No Telefon : +60 17-202 8759

Facebook : https://www.facebook.com/AromaSeleraJohor

Website :  https://aromajohor.com/

Email : aromaselerajohor.work@gmail.com

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular