Thursday, April 18, 2024
HomeHulu Selangor#MenarikDiHuluSelangor - Anuar Rusa Steak House

#MenarikDiHuluSelangor – Anuar Rusa Steak House

Anda peminat steak? Pernah cuba steak rusa?? Ha… ini tempatnya.. 

Destinasi wajib bagi anda peminat makanan ala barat “western food”,  Anuar Rusa Steak House tidak akan mengecewakan anda. Restoran ini merupakan restoran yang menyediakan makanan bertemakan makanan ala barat dan juga ala kampung. Pelbagai menu yang sedap boleh dinikmati di sini terutamanya menu berasaskan daging rusa seperti, Steak rusa, Dendeng rusa, Rusa masak lemak cili api, Sup tulang rusa dan pelbagai lagi menu menarik di sini. Selain itu terdapat juga hidangan berasaskan daging arnab, kambing dan lembu serta makanan eksotik.

Dengan perjalanan hanya kira-kira 1 jam dari Kuala Lumpur, restoran ini terkenal dengan menu Steak Rusa di kalangan kumpulan bikers di negara ini. Setiap minggu pasti akan  ada kunjungan dari kumpulan-kumpulan riders  dan bikers  pelbagai jenis moto dan juga kenderaan lain yang tiba ke restoran ini.

Selain dari itu, pengunjung juga boleh melawat taman mini Rusa yang berada berdekatan dengan restoran ini yang diusahakan oleh pemilik restoran ini sendiri, iaitu En Samsul Anuar.

Kepada anda, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kelazatan pelbagai menu menarik berasaskan  daging rusa serta menu menu lain yang menarik di sini.  Sebarang info lanjut anda boleh terus ke talian mesra mereka.

NAMA : ANUAR RUSA STEAK HOUSE

ALAMAT: NO 270 KG RAJA FELDA GEDANGSA
44020 KUALA KUBU BHARU SELANGOR

WAKTU OPERASI: Setiap Hari, 12.00 Tengahari – 12.00 tengahmalam

Nombor untuk di hubungi : 0196368316

Facebook: https://www.facebook.com/rusagedangsa

Peta Lokasi:

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular