Thursday, April 18, 2024
HomeLokasi Menarik#MenarikDiPutrajaya - Astaka Morocco

#MenarikDiPutrajaya – Astaka Morocco

Tahukah anda, Astaka Morocco (Moroccan Pavilion) ini merupakan replika sebuah istana yang terdapat di Marrakesh, Morocco. Ia dibina atas dasar pertukaran budaya antara Malaysia dan Magribi. Seni binanya yang unik dan cantik ini sentiasa menjadi daya tarikan pengunjung tempatan dan pelancong asing sebagai tempat untuk bergambar. Jadi bagi anda yang tidak tahu ada tempat menarik ke kat Putrajaya ni? Jom kita merasai pengalaman seperti berada di Magribi tanpa berbelanja mahal hanya di Putrajaya.

Nikmati keindahan seni bina Morocco atau Maghribi bila menjejakkan kaki ke Astaka Morocco. Di dalam taman ini, terdapat binaan replika Istana Morocco yang dihasilkan dengan penuh ketelitian di mana dindingnya dihiasi dengan motif ukiran yang indah termasuklah ayat Al-Quran. Setiap sudut replika istana ini iaitu pada bahagian dinding, pintu, siling dan tiangnya memiliki ukiran yang cukup halus penghasilannya. Walaupun kawasan ini secara keseluruhanya tidak begitu besar, namun keterujaan melihat hasil ukiran dan gaya seni binanya boleh membuat sesiapa pun terpukau sampai terlupa waktu. Namun begitu, sekiranya anda ingin berfotografi di sini, anda perlu mendapatkan keizinan terlebih dahulu daripada pengawal keselamatan kerana terdapat caj lebih yang akan dikenakan.

Info:

  • Nama Tempat : Astaka Morocco, Taman Botani Putrajaya.
  • Alamat : Astaka Morocco, Taman Botani Putrajaya, Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya.
  • Waktu Operasi : Rabu hingga Isnin (9.00 am – 12.00 pm & 2.00 pm – 5.00 pm), Jumaat (9.00 am –11.00 pm & 3.00 pm – 5.00 pm).
  • Harga tiket : Dewasa RM 3, kanak-kanak RM 1.
  • No telefon : 03- 8000 8000
  • Website : https://www.ppj.gov.my/second-menu/taman-botani
  • Peta Lokasi :

Kredit:

Taman Taman Awam Putrajaya

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular