Teringin nak lepak santai tepi sawah padi?
Tangkap gambar instagramable bersama yang tersayang
Bagi anda yang sukakan surprisekan yang tersayang, pastinya anda akan cari tempat yang menarik untuk kejutan kali ini sambil boleh ber-OOTD sekali bukan?
Kejutan seperti itu pastinya meninggalkan kenangan terindah bagi mereka.Bagi yang berada terlalu lama di bandar, pasti inginkan suasana tepi sawah yang menghijau, udara yang segar dan ketenangan jiwa.
Nama : Ena&Wawa Hi Tea d’Sawah
Waktu Operasi : Selasa – Ahad (Telefon untuk booking masa dan tempat)
Nombor untuk dihubungi : 016 3977344 (Wawa) atau 016 5263004 (Ina)
Peta lokasi : Servis minum petang secara “open table” di tepi sawah. Tiada lokasi tetap atau kedai kerana lokasi kami berubah mengikut cuaca dan pemandangan serta jumlah pelanggan yang hadir.
Terdapat beberapa konsep yang diketengahkan bagi mempelbagaikan citarasa suasana buat para pelanggan. Antaranya English Style, Kampung Style, dan Sambutan Hari Lahir.
Konsep English style merupakan “main service” yang menjadi pilihan pelanggan buat masa ini.
Setakat ini pakej yang sediakan adalah mengikut bilangan pelanggan. Mereka menawarkan 2 jenis Pakej iaitu Pakej A (4-6orang) dan Pakej B(10-12orang).
Pakej ini termasuk makanan & minuman. Terdapat beberapa jenis makanan & minuman yang boleh di pilih oleh para pelanggan berdasarkan menu yang disenaraikan.
Terdapat juga menu pilihan dari pelanggan sendiri untuk hidangan hi tea mereka.Bergantung pada perminataan sedia untuk merealisasikannya.
Jadi, jika anda ingin menggamit memori indah buat pasangan serta insan tersayang, atau mahu mengimbas memori bersama rakan-rakan, anda boleh menempah slot Hi Tea D’sawah. In sha Allah memori ini pasti menjadi kenangan terindah untuk dikenang.