Thursday, March 28, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur – Murni Discovery Cheras

#MenarikDiKualaLumpur – Murni Discovery Cheras

Sebagai sebuah negara berbilang budaya, makanan Malaysia telah memperoleh keunikannya sendiri dari penyesuaian hidangan budaya yang berbeza. Murni Discovery telah mengambil identiti ini selangkah lebih jauh dengan menyesuaikan rasa dan keperibadian khas dari negara-negara di seluruh dunia dan menjadikannya sepenuhnya milik kita.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Murni Discovery telah memperkenalkan kreativiti ke dalam makanan tradisional Malaysia tanpa menjejaskan identiti Mamak. Murni Discovery Cheras satu ketika dahulu hanyalah sebuah gerai tepi jalan, namun kini ia telah berpindah ke satu tempat yang lebih selesa iaitu di Pusat Perniagaan Danau, Bandar Seri Permaisuri bahkan sehingga hari ini mereka telah mempunyai 9 cawangan. Walaupun mempunyai banyak cawangan, pelanggan tidak perlu keliru dalam memilih cawangan mana yang terbaik di antara kesemuanya. Ini kerana kesemuanya bagus sama ada dari segi makanan dan layanan kepada pelanggan.

Restoran Murni Discovery menyediakan pelbagai jenis makanan. Identiti Malaysia diterjemah kepada masakan-masakan yang berasal daripada makanan tradisi kaum Melayu, Cina, dan India iaitu 3 kaum terbesar di Malaysia. Oleh itu, bersiap-sedialah dengan kepelbagaian lauk-pauk dan roti seperti naan dan tandoori. Sebagai tambahan, masakan barat juga disediakan. Anda juga boleh meminta pizza iaitu makanan dalam menu masakan Itali. Malah di Restoran Murni Discovery ini hidangannya adalah bersaiz agak besar namun harganya tidaklah terlalu murah dan tidaklah terlalu mahal.

Alamat : B-37-G & B-39-G Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : 12 pm – 12 am.

No telefon : +60395432466

Website : https://murnidiscovery.com/

Facebook : https://www.facebook.com/MurniDiscovery/?ref=page_internal

Sumber : Facebook Murni Discovery

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular