Friday, April 19, 2024
HomeKlang#MenarikdiKualaLangat&Klang- Warung Soto Kedai Basikal

#MenarikdiKualaLangat&Klang- Warung Soto Kedai Basikal

Soto merupakan hidangan Indonesia yang cukup terkenal di Malaysia. Warung soto boleh didapati di pelbagai tempat di sini, termasuklah di Klang. Salah satunya ialah restoran Warung Soto Kedai Basikal. Restoran yang terletak di Kampung Rantau Panjang ini menyajikan soto yang menjadi kegemaran ramai. Kuahnya yang secukup rasa serta saiz hidangan yang besar merupakan tarikan istimewa menu ini. Menu lain seperti lontong, nasi briyani dan mi udang juga turut disajikan.

Warung Soto Kedai Basikal menawarkan pelbagai menu makanan yang menarik dengan tawaran harga yang berpatutan. Mereka menyediakan pelbagai hidangan untuk sarapan pagi hingga ke minum petang. Kedai makan ini juga merupakan antara yang terkenal dan menjadi pilihan penduduk berdekatan. Keenakan masakan di kedai ini juga memang terbaik dan tidak boleh diragukan lagi.

Antara menu yang popular di sini ialah nasi goreng, nasi ayam, lontong dan soto. Selain menu hidangan lauk, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan western di sini. Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi orang yang tinggal di kawasan Rantau Panjang. Jangan risau tentang parking sekiranya anda ingin berkunjung ke kedai ini kerana di sini ada menyediakan kawasan yang luas untuk parking kereta.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7.00am- 5.00pm)
Alamat: Lot 1115, Jalan Genting, Rantau Panjang 42100 Klang, Selangor, Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Warung%20soto(kedai%20basikal)/234588329920580/
No Telefon: 60136297739

Lokasi:

Sumber: Facebook Warung Soto Kedai Basikal

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular