Thursday, April 18, 2024
HomeMakanan Menarik#MenarikDiPutrajaya- Mios Kitchen Putrajaya

#MenarikDiPutrajaya- Mios Kitchen Putrajaya

Mios Kitchen merupakan sebuah restoran yang terletak di Presint 15 Putrajaya. Di Mios Kitchen, fokus utama mereka adalah sentiasa up to date menu mengikut trend dan selera pelanggan. Setelah memasuki ruang makan di restoran ini, anda akan terpukau dengan hiasan dalaman serta muzik yang memukau. Ia berkonsepkan selesa, menyeronokkan dan santai. Buat masa ini, terdapat 4 cawangan Mios Kitchen di Malaysia iaitu ; Bandar Kinrara, Putrajaya, dan 2 di Shah Alam iaitu di Seksyen 15 dan Alami Garden Shah Alam.

Menu di Mios Kitchen adalah berkonsepkan makanan Western dan makanan tradisonal rakyat Malaysia. Selain itu, mereka juga menyediakan makanan dalam kuantiti sedikit untuk kanak-kanak. Mereka juga menyediakan pelbagai pilihan minuman untuk sejuk dan panas. Tidak ketinggalan juga setelah menikmati hidangan utama, anda juga boleh memilih pelbagai jenis pencuci mulut seperti aiskrim dan kek. Untuk pilihan menu disini anda boleh klik di https://www.mioskitchen.com/menu-2022/#dearflip-df_1838/1/

Untuk sepanjang bulan ramadan, Mios Kitchen juga menyediakan 3 jenis set buffet ramadan yang bermula dari RM 30 hingga RM65 seorang. Harga makanan ala carte disini juga berpatutan dan sedap mengikut selera rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mios Kitchen juga menyediakan menu makanan kombo yang membolehkan anda berkongsi makanan bersama keluarga tercinta.

Info:

Nama restoran: Mios Kitchen Putrajaya

Alamat: No.16 & 14, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya

No tel: 011-5645 0636

Facebook: https://www.facebook.com/mioskitchenputrajaya/

Laman web: https://www.mioskitchen.com/

Email: putrajaya.mioskitchen@gmail.com

Maps:

Kredit

https://www.facebook.com/mioskitchenputrajaya/

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular