Friday, December 13, 2024
HomeGombak#MenarikDiGombak#MenarikDiGombak - Stayrehat (Boutique Staycation)

#MenarikDiGombak – Stayrehat (Boutique Staycation)

Gombak sememangnya tempat yang sangat menarik serta mengagumkan, bukan sahaja tempat makan yang best-best tetapi ianya juga tempat pelancongan yang boleh kita lawati kerana penuh dengan kehijauan dan keindahan alam semula jadi serta juga sangat unik. Cakap sahaja keunikkan, Stayrehat atau dikenali segitiga emas(pusat komersil KL) bukan sahaja nama yang unik malah homestay ini tampil dengan konsep kotena bagi memberikan pengalaman yang berbeza dari penginapan di hotel-hotel yang biasa.

Stayrehat mula beroperasi sejak 2019, ianya terletak di Kampung Changkat Gombak sangat mudah bagi orang kl dan sekitarnya untuk mencari lokasinya. Homestay ini mempunyai kolam renang yang pastinya menjadi highlight dalam setiap pencarian penginapan, Stayrehat memiliki 8 unit kotena yang lengkap dengan kemudahan bilik dimana setiap unit boleh memuatkan 2 orang dewasa serta 2 orang kanak-kanak. Terdapat juga perpustakaan mini bagi yang ingin merehatkan minda dengan membaca buku dan mengisi masa lapang dengan tenang . Selain itu juga, disediakan juga tempat untuk berBBQ bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Stayrehat sangat sesuai untuk pencutian yang tenang dan selesa. Dibawah ini kami sediakan juga lokasi dan nombor contact untuk homestay ini.

Alamat: Lot 433, S1, Jln Changkat Setia, Kampung Changkat, 68100, Selangor

No. Telefon: 011-57783166

Facebook: https://www.facebook.com/stayrehat/

Website: https://stayrehat.com.my/

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular