Friday, March 29, 2024
HomeHulu Selangor#MenarikDiHuluSelangor – Sekeping Serendah

#MenarikDiHuluSelangor – Sekeping Serendah

Sekeping Serendah terdiri dari gudang terbuka yang direka khas untuk mewujudkan keadaan santai dan alami. Sekeping Serendah menawarkan tujuh bangsal persendirian. Tempat percutian ini menyediakan persekitaran bebas teknologi hanya satu jam dari bandar Kuala Lumpur.

Diantara kemudahan di dalam bilik yang anda boleh perlukan termasuk microwave, alat pembuat minuman panas, dan pancuran mandian. Di sini, anda boleh bersantai mendengar bunyi hutan hujan di balkoni atau teres penginapan. Selain dari itu, terdapat juga aktiviti yang menarik seperti jungle tracking, dan berenang di kolam yang disediakan. Anda juga boleh mengunjungi perkampungan Orang Asli tempatan atau Ladang Anggerik Antarabangsa berhampiran.

Anda boleh menikmati percutian anda sambil ditemani alam semulajadi disekeliling anda. Sebarang maklumat lanjut mengenai kadar harga semalam atau maklumat yang lain boleh kunjungi ke Laman web Sekeping Serendah atau hubungi nombor tertera di bawah:

Nama Tempat : Sekeping Serendah
Waktu operasi : Setiap hari
Alamat : Serendah FS, 43300, 48200, Selangor
Laman Web :https://www.sekeping.com/serendah/
Nombor telefon : 012-3246552

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular