Saturday, November 23, 2024
HomeKL#MenarikDiKualaLumpur -Plaza Salak Park

#MenarikDiKualaLumpur -Plaza Salak Park

Plaza Salak Park atau lebih dikenali sebagai S * PARK, terletak di Taman Desa Petaling dan berdekatan dengan Lebuhraya Besraya. Ia menghubungkan ke beberapa laluan utama seperti Lebuhraya NPE, MRR2, KESAS & MAJU (Lebuhraya KL-Putrajaya), yang mana mudah diakses dari semua destinasi utama di Lembah Klang. Plaza Salak Park merupakan sebuah gedung membeli-belah yang menjadi tumpuan komuniti Salak Selatan dan kawasan sekitar. Selain mempunyai kedai-kedai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja dengan lebih penjimatan seperti Pasaraya Giant, Mr. Diy, Eco 2.0, Guardian dan sebagainya, Plaza Salak Park juga turut mengadakan pelbagai aktiviti dan program. Ini termasuklah sambutan-sambutan perayaan, pertandingan tarian, program menderma darah dan sebagainya. Antara Kemudahan yang terdapat di Plaza Salak Park ialah: Medan Selera, Kedai Permainan Video,  surau, tandas ,tempat letak kereta dan lain-lain lagi.

Alamat : 2, Jalan 1/125e, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari pada pukul 10 Pagi – 10 Malam

Hubungi : 016-919 6868

Email : enquiry@s-park.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/Spark-Plaza-Salak-Park-130772730308914/

Website : http://www.salakpark.com

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular