Friday, December 13, 2024
HomeHulu Selangor#MenarikDiHuluSelangor - My Ardinde Product

#MenarikDiHuluSelangor – My Ardinde Product

My Ardinde Product dimiliki oleh sepasang suami isteri yang bernama En. Mahmud Faizul bin Isro’ dan Pn. Rahayu binti Abdullah. Mereka memiliki sebuah Pusat Operasi Pes Adinda yang bertempat di Jalan Besar Felda Sg. Tengi bersebelahan dengan D’Mart. Pusat Operasi ini mula beroperasi pada awal tahun 2020 dan mempunyai tenaga kerja seramai 3 orang.

Selain menghasilkan Pes Ardinde yang pelbagai jenis seperti masak merah, pajeri, asam pedas, acar ikan masin dan sebagainya, mereka juga turut menghasilkan pelbagai kek yang diberi nama Ardinde sweetlicious. Antara jenis ‘flavour’ yang ada adalah : Red Velvet Cheese Leleh, Pandan Cheese Leleh, Butterscotch, Volcano dan lain-lain. Selain daripada itu, kacang pool, roti kaya dan big sandwich antara menu baru yang dihasilkan berdasarkan permintaan pasaran di Felda Sg. Tengi dan sekitarnya.

Di samping itu, produk mereka juga dibekalkan di beberapa tempat seperti di Anuar Rusa Steak House (Gedangsa), Kafetaria Kolej Ungku Omar 2 (KUO 2), Tg. Malim, LesongMart Batangkali, Restoran Gerak 21 (Rawang), The Douglas Street Tg. Malim, dan kawasan sekitarnya.

Pusat Operasi Pes Adinda juga sering menerima kunjungan daripada Mantan Penolong Pengarah Mardi Dr Rozhan Abudardak & Mantan Presiden Kelab Sedulur Mutu Gedhi Tuan Hj Musa Manan serta isteri Puan Saripah Hassan Kelanan Jaya, YB Haniza bt Mohd Talha selaku Presiden NOW, Chef Azhar dari Dorsett Hotel (Saujana Utama) dan Cikgu Noraini Yahya dari Kolej Vokasional.

Nama : Pusat Operasi Pes Adinda
Alamat : Jalan Besar, Felda Sg. Tengi, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Nombor Boleh Dihubungi: 013-3324196
Emel : adindaventures@gmail.com
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (mengikut temujanji)
Facebook : https://www.facebook.com/myhomemadepaste

Peta lokasi :

Credit to :
– Google Maps : https://goo.gl/maps/rmeMoceMU63uSE768
– Owner Facebook : https://www.facebook.com/myhomemadepaste

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular